Saturday, October 21, 2006

Iklan

Ini adalah iklan bank untuk setiap sudut pandangan. Sebenarnya saya masih tidak faham macam mana maksudnya sengsara dan yang satu lagi bahagia dalam iklan ini, sedangkan kalau kita perhatikan pada gambar iklan ini langsung tiada perubahan. Kedua-duanya masih sama. Cuba anda lihat gambar yang pertama. Tiada perubahan kan?

Semasa gambar ini diambil, kebetulan pula lampu jalan atau "Street Light" yang anda lihat dalam gambar ini betul-betul berada di atas puncak gunung kinabalu iaitu gambar sebelah kanan yang tertulisnya perkataan bahagia.

Jadi.....ceritanya menariklah juga. Dalam gambar ini ada dua orang iaitu satu di belakang dan satu lagi di depan. Kita anggap sajalah orang yang di belakang tu sengsara sebab tiada lampu dan orang yang di depan tu bahagia sebab ada lampu. Habis cerita......

No comments: